Annuar lebih layak, Marzuani tolak tawaran tanding di Ketereh
KETUA Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin menolak tawaran bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ini kerana baginya, penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa lebih layak untuk mewakili BN di kerusi tersebut.
Marzuani Ardila mengakui dipanggil oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menawarkannya bertanding menggantikan Annuar di Ketereh.
“Presiden parti panggil saya dan menawarkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh. Pada asasnya saya terus menolak dengan alasan Tan Sri Annuar lebih layak dan masih mampu bertanding.
“Namun Presiden tidak menerima penolakan saya dengan alasan parti sudah membuat keputusan berhubung,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Marzuani Ardila turut mengakui beliau merujuk perkara tersebut kepada Annuar untuk mendapat nasihat serta pandangan.
“Kita tengok malam ini macam mana. Buat masa ini saya akui surat watikah atas nama saya.
“Saya belum buat keputusan sama ada hadir atau tidak pada majlis pengumuman malam ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Annuar mendedahkan Ketua Puteri Umno Ketereh ditawar untuk bertanding di Parlimen Ketereh pada PRU15.
Ia sekali gus menyaksikan tidak akan dicalonkan semua untuk bertanding di kerusi tersebut. – Malaysiapost