Covid-19: 2,914 kes baharu, 9 kematian semalam
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 36,475 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal KKMNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, sebanyak 2,913 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, melibatkan tujuh kes import.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,864,605 kes.
Selain itu, seramai 29,973 individu atau 95.3 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,407 kes pula dirawat di hospital dan 56 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 34 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. ā Malaysiapost