Ketua Puteri Kelantan ditawar jadi calon Ketereh – Annuar Musa

Ketua Puteri Kelantan ditawar jadi calon Ketereh – Annuar Musa

KETUA Puteri Umno Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin dilaporkan ditawar menjadi calon di Parlimen Ketereh.

Perkara itu didedahkan penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa Marzuani Ardila yang juga Ketua Puteri Umno Ketereh memaklumkan kepadanya perkembangan tersebut.

“Ketua Puteri Umni itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.

“Selepas itu, Ketua Puteri Umno itu merujuk tawaran tersebut kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak.

“Saya cuma memaklumkan tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah. Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.

Sebelum ini timbul spekulasi Annuar tidak akan dicalonkan semula sebagai calon di kerusi Parlimen Ketereh. – Malaysiapost

Komen