Khairil Nizam ke Jerantut, Peja sah lawan Anwar di Tambun

Khairil Nizam ke Jerantut, Peja sah lawan Anwar di Tambun

KETUA Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudin mempertaruhkan nasibnya di Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini adalah percubaan kali keduanya yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi wakil rakyat setelah tewas di Parlimen Gombak pada pilihan raya umum ke-14 yang dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang ketika itu bertanding atas lambang Pakatan Harapan.

Manakala, Pengerusi Bersatu Kedah, Mohd. Suhaimi Abdullah bakal bertanding di Parlimen Langkawi sekali gus berdepan dengan penyandang kerusi itu yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, Penyandang kerusi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dikenali sebagai Peja tetap menjadi pertaruhan PN untuk bertanding kerusi itu dan bakal berentap dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Malaysiapost

Komen