KTMB tawar Tren Khas Keluarga Malaysia sempena PRU15

KTMB tawar Tren Khas Keluarga Malaysia sempena PRU15

BERITA baik untuk pengundi yang akan pulang ke Kelantan sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Ini kerana Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Keluarga Malaysia sempena PRU15.

KTMB menerusi hantaran di Facebook, memaklumkan perkhidmatan Tren Khas Keluarga Malaysia sempena PRU15 disediakan bagi perjalanan dari KL Sentral – Tumpat pada 18 November.

Perkhidmatan tren khas itu juga disediakan bagi perjalanan dari Tumpat – KL Sentral pada 20 November.

Jualan tiket untuk perkhidmatan tren khas tersebut akan dibuka bermula jam 2 petang ini.

“Dapatkan tiket anda melalui https://bit.ly/3kWOQv5 atau aplikasi KTMB Mobile dan di semua mediaum pembelian tiket KTMB,” katanya. – Malaysiapost

Komen