MIC boikot majlis pengumuman calon BN?

MIC boikot majlis pengumuman calon BN?

PENGUMUMAN calon Barisan Nasional (BN) malam ini tidak dihadiri oleh kepimpinan tertinggi MIC, termasuk Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran.

Turut tidak kelihatan ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang sebelum ini dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Tapah.

Ketidakberadaan pemimpin MIC itu sekali gus mengundang persoalan sama ada parti komponen BN itu memboikot majlis berkenaan.

Malah, ada mendakwa perkara itu kerana MIC tidak bersetuju dengan senarai calon yang sudah diputuskan BN, khususnya membabitkan calon parti berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan Vigneswaran mendakwa kepimpinan MIC akan memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) pagi esok, untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU akan datang.

Sumber parti itu turut mengesahkan bahawa mereka akan menghadiri mesyuarat itu pada jam 10 pagi di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur, tetapi tidak pasti apa yang berlaku.

Difahamkan, kepimpinan tertinggi MIC dijangka akan mengadakan sidang media esok bagi menjawab spekulasi berkenaan. – Malaysiapost

Komen