Muhyiddin tanding di Pagoh, PN belum umum calon Kelantan dan Terengganu

Muhyiddin tanding di Pagoh, PN belum umum calon Kelantan dan Terengganu

TIADA upset pada senarai nama calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hampir semua nama besar pemimpin PN akan mempertahankan kerusi yang disandang pada pilihan raya umum sebelum ini kecuali Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Dr Radzi Jidin yang beralih angin ke Parlimen Sepang dan Putrajaya.

Bagaimanapun, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ‘Line Up’ PN untuk Kelantan dan Terengganu akan diumumkan sendiri oleh PAS dalam masa terdekat ini.

Muhyiddin berkata, PN akan bertanding 169 kerusi Parlimen yang merangkumi 74 untuk Bersatu, PAS 64, Gerakan 20 dan Kumpulan Bersekutu 11 kerusi.

Muhyiddin juga mengumumkan beliau akan mempertahankan Parlimen Pagoh pada PRU15 ini.

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad akan bertanding di Parlimen Bagan Serai.

Sementara itu Muhyiddin berkata, PN juga selesai membahagikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis, Perak dan Pahang.

Beliau berkata, PAS akan bertanding di 57 kerusi DUN, Bersatu 41, Gerakan 14 dan Kumpulan Bersekutu 4. -Malaysiapost

Komen