PRU15: Dua pemimpin PAS tanding guna tiket BN?

PRU15: Dua pemimpin PAS tanding guna tiket BN?

DUA penyandang kerusi Parlimen dari PAS  di Kelantan dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) selepas dilaporkan tidak akan dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi disebut-sebut bertanding mempertahan kerusi masing-masing atas tiket BN, lapor Berita Harian.

Bagi Parlimen Tumpat, PAS dijangka meletakkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, manakala di bagi Bachok calonnya ialah Dr Wan Martina Wan Yusuff.

Menguatkan lagi spekulasi itu apabila Nik Abduh, anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memuat naik gambar bumi berwarna biru di Facebooknya.

Turut tersebar sejak pagi tadi poster ucapan tahniah kepada Che Abdullah kerana terpilih sebagai calon BN di Parlimen Tumpat. – Malaysiapost

Komen