Sah Annuar, Tajuddin dan Shahidan digugurkan

Sah Annuar, Tajuddin dan Shahidan digugurkan

PENYANDANG kerusi Parlimen yang sebelum ini lantang menentang kepimpinan Umno digugurkan daripada mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bekas ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; penyandang kerusi Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Zahidi Zainul yang juga penyandang Parlimen Padang Besar.

Turut tidak disenaraikan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Yazid.

Terdahulu, BN dijangka menggugurkan sekurang-kurangnya 10 penyandang kerusi Parlimen termasuk nama besar dalam PRU ke-15 nanti.

Spekulasi yang bertiup kencang ketika ini kesemua calon pro kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri digugurkan BN.- Malaysiapost

Komen