Tunggu malam ini – Zahid

Tunggu malam ini – Zahid

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diminta menandatangani surat menyokongnya dan memberi mandat membentuk barisan Kabinet jika parti itu dan Barisan Nasional (BN) menang.

“Itu tipu,” katanya memetik Berita Harian

Presiden Umno itu diminta mengulas dakwaan berkaitan perkara itu seperti dilaporkan portal berita, semalam.

Sementara itu, Ahmad Zahid tidak mahu mengulas ketika ditanya mengenai kemelut dalaman berkaitan pemilihan calon BN bagi kerusi Parlimen Arau pada PRU15.

“Tunggu malam ini untuk jelaskan spekulasi,” katanya.

Semalam penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan digugurkan daripada senarai calon apabila semua bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, manakala bendera parti itu diturunkan.

Penutupan bilik gerakan parti berkenaan dan penurunan semula bendera BN yang sudah digantung sebaik Parlimen dibubarkan turut dilaporkan menerusi hantaran Facebook oleh Shahidan, malam semalam.

“Malam ini malam kesedihan teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera sudah diturunkan. Kali pertama dalam sejarah,” tulis Shahidan. – Malaysiapost

Komen