Ustaz Kazim buat kejutan jadi calon BN Parlimen Larut

Ustaz Kazim buat kejutan jadi calon BN Parlimen Larut

PENDAKWAH bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum K-15 (PRU15) .

Perkara itu diumum, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Pengumuman calon gabungan itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.

Ustaz Kazim bakal bertanding di Parlimen Larut di mana sebelum ini kerusi tersebut disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hamzah menang di Parlimen Larut pada PRU14 atas tiket Barisan Nasional (BN), namun kemudiannya menyertai Bersatu.

Sementara itu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menepati ramalan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Manakala, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos ditempatkan bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar. – Malaysiapost

Komen