Zahid kekal di Bagan Datuk, KJ berhijrah ke Sungai Buloh

Zahid kekal di Bagan Datuk, KJ berhijrah ke Sungai Buloh

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin menamatkan teka-teki kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman calon BN malam ini mengesahkan Ahmad Zahid akan terus mempertahankan kerusi Bagan Datuk.

Sekali gus menoktahkan spekulasi bahawa penyandang kerusi Bagan Datuk itu tidak bertanding dalam PRU15 ini.

Sebelum ini terdapat laporan media yang menyatakan Ahmad Zahid tidak menyertai PRU15 kali ini.

Dalam pada itu, Khairy yang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dipertaruhkan BN bagi merampas Parlimen Sungai Buloh.

Pengumuman calon dibuat Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam ini.

Kerusi Rembau yang dimenangi Khairy sebelum ini, kini ditandingi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Datuk Seri Hishamudin Hussein diumumkan untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Pontian

Bekas Menteri Besar Perak yang juga Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membawa cabaran BN di Larut.- Malaysiapost

Kredit foto: Perak Insight

Komen