Annuar Musa bukan calon PN di Ketereh

Annuar Musa bukan calon PN di Ketereh

PENGUMUMAN Mejar Jeneral (B), Datuk Khlir Mohd Nor sebagai calon bertanding di Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menamatkan spekulasi bahawa Bekas Ahli Parlimen Kawasan itu dari Barisan Nasional, Tan Sri Anuar Musa akan bertanding atas tiket PN.

Khlir adalah bekas Ketua Perisikan Tentera Darat yang juga anak kelahiran Kampung Kubang Kiat, Ketereh.

Manakala Ketua ARMADA Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Wan Ahmad Fasyal Wan Ahmad Kamal diumumkan sebagai calon bagi kerusi Machang menjadikan penyandangnya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz digugurkan.

Pengumuman calon PRU Perikatan Nasional di Kota Bharu Kelantan yang dibuat secara live hanya mendapat view sekitar 11,000 hingga 18,000.

Jumlah itu meningkat sebentar 20,000 hingga 24,000 ketika pengumuman calon oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Haji Ahmad Yaakob.

Komen