Annuar Musa jual tanah untuk bertanding PRU15?
PERKONGSIAN Tan Sri Annuar Musa di Facebook miliknya hari ini menjadi tanda tanya ramai adakah beliau menjual tanah untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu sebelum ini digugurkan Barisan Nasional (BN) sebagai calon bertanding di kerusi berkenaan.
Susulan itu, Annuar membayangkan beliau akan mempertahankan Parlimen Ketereh meskipun BN tidak mencalonkannya pada PRU15 ini.
Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia itu tidak mendedahkan sama ada beliau akan bertanding atas tiket parti lain atau sebagai calon Bebas.
“Alhamdulillah, selesai urusan menjual 2 bidang tanah yang dibeli lebih 20 tahun dulu. Selanjutnya urusan membayar cukai CKHT.. Borang borang tertentu sudah di isi.
“Terima kasih YAB MB yang turut membantu membolehkan saya menyiapkan ‘Land Title Swapping’ menjadikan ia ‘freehold’.
“Terima kasih juga kepada pihak Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Perancangan yang akhirnya mendapat kelulusan merancang (KM),yang memakan masa kira kira 4 tahun lebih..hu hu.
“Menjualnya adalah pilihan terbaik buat masa ini,sesuai dengan keperluan semasa. Rezeki itu semuanya dari Allah jua,” katanya. -Malaysiapost