Eizlan Yusof, Ahmad Idham sah bertanding PRU15

Eizlan Yusof, Ahmad Idham sah bertanding PRU15

DUA pelakon terkenal mengesahkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Nama Datuk Eizlan Yusof dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri diumumkan menjadi calon Gerakan Tanah Air (GTA) bagi Parlimen Sabak Bernam dan Port Dickson.

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali bakal bertanding di Parlimen Rantau Panjang, manakala Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mempertahankan Parlimen Jerlun yang disandangnya.

Pengerusi GTA Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan mempertahankan Parlimen Langkawi.

Dalam pengumuman hari ini, Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya
mengesahkan gabungan itu bakal bertanding di 121 kerusi Parlimen pada PRU15.

“Biarpun ada 121 calon tetapi ada lagi beberapa kawasan sedang dipertimbangkan untuk diketengahkan calon-calon yang berkelayakan pada 5 November ini,” katanya.

Bagaimanapun, Marzuki berkata, calon GTA yang bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan oleh Pengerusi GTA Negeri masing-masing dalam masa terdekat. -Malaysiapost

Komen