Menaik taraf sekolah daif antara perjuangan Radzi diluluskan dalam Bajet 2023

Menaik taraf sekolah daif antara perjuangan Radzi diluluskan dalam Bajet 2023

Aiman Hanif

LAPORAN KHAS | Menguruskan sesi persekolah ketika negara masih lagi dilanda wabak Covid-19 antara cabaran dihadapi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

Selain memastikan anak watan tidak tercicir pendidikan, memastikan sekolah Selamat daripada ancaman Covid-19 juga merupakan satu cabaran besar.

Namun, dengan kepimpinan Mohd Radzi yang berlatar belakang ahli akademik, disamping sokongan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), usaha untuk memastikan sesi persekolahan berjalan lancar berjaya dilaksanakan.

Usaha tidak terhenti di situ, bukan saja memastikan anak-anak bebas daripada ancaman Covid-19, malah Mohd Radzi sejak menjejakan kaki di KPM, fasiliti sekolah juga menjadi keutamaannya.

Pada Mac 2021, Mohd Radzi yang ketika itu melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya untuk meninjau pengoperasian sekolah sewaktu pandemik Covid-19 mendapati sekolah berkenaan padat dengan murid.

Sekolah itu mempunyai jumlah murid seramai 2,418 murid dan merupakan sebuah sekolah dikategorikan sebagai padat.

Mohd Radzi mengikhtiarkan agar sebuah sekolah baharu dapat dibina di kawasan berkenaan untuk kemudahan ibu bapa dan anak-anak.

Akhirnya pada pembentangan Bajet 2023 usaha Mohd Radzi membuahkan hasil apabila kerajaan mengumumkan bahawa sebuah sekolah rendah baharu akan dibina di Cyberjaya.

Isu sekolah daif sentiasa hati

Isu sekolah daif bukanlah isu baharu, ketika hari pertama menjejakkan kaki ke KPM beliau berikrar untuk menangani isu sekolah daif.

Khususnya di Sabah dan Sarawak kerana menyedari anak bangsa tanah air ini walau di mana berada tidak boleh tercicir daripada pendidikan.

Perjuangan tidak sia-sia apabila kerajaan melalui Bajet 2023 mengumumkan peruntukan untuk bangunan daif di sekolah ditingkatkan sebanyak RM454 juta kepada RM1.2 bilion berbanding RM746 juta tahun 2022.

“Kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik. Sewaktu mula menjejak kaki di KPM, saya bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh,” kata Mohd Radzi.

Menjadi satu kepuasan apabila usaha untuk mengangkat taraf pendidikan anak bangsa berjaya dilaksanakan dengan baik ketika memimpin kementerian strategik itu.- Malaysiapost

Komen