MIC akur tanding 10 kerusi Parlimen, 3 DUN

MIC akur tanding 10 kerusi Parlimen, 3 DUN

MIC akur bertanding 10 kerusi Parlimen serta tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.

Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, MIC turut berlapang dada dengan keputusan Barisan Nasional (BN) memperuntuk kerusi kepada parti bangsa India lain yang menyokong BN.

Tiga parti tersebut ialah Makkal Sakti, Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Kongres India Muslim Bersatu (Kimma).

Terdahulu, media melaporkan pemimpin tertinggi MIC, termasuk Vigneswaran tidak kelihatan ketika pengumuman calon BN semalam.

Keadaan itu mengundang persoalan sama ada parti komponen BN itu memboikot majlis berkenaan.

Malah, ada mendakwa perkara itu kerana MIC tidak bersetuju dengan senarai calon yang sudah diputuskan BN, khususnya membabitkan calon parti berkenaan.

Sebelum ini Vigneswaran dilaporkan mendakwa kepimpinan MIC akan memanggil mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat (CWC) hari ini, untuk membincangkan kemungkinan tidak bertanding dalam PRU15. – Malaysiapost

Komen