Peruntukan RM372.3 bilion bagi insiatif PPR Keluarga Malaysia – PM

Peruntukan RM372.3 bilion bagi insiatif PPR Keluarga Malaysia – PM

KERAJAAN telah menyediakan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion termasuk Skim Perumahan bagi memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia dengan penyediaan kediaman mampu milik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata skim perumahan tersebut merangkumi Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk manfaat 12,400 penghuni baharu dengan peruntukan sebanyak RM367 juta.

Katanya, kerajaan juga menyediakan Program Rumah Mesra Rakyat melibatkan pembinaan 4,250 unit rumah dengan peruntukan sebanyak RM358 juta.

“Program Penyelenggaraan Perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia bagi memastikan keadaan perumahan strata kos rendah dan sederhana yang selamat termasuk menggantikan lif-lif yang rosak dengan peruntukan sebanyak RM90.4 juta,” kata.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Pecah Tanah Projek PPR Kepala Batas, Masjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi memudahkan Keluarga Malaysia memiliki kediaman.

Ujarnya, jaminan sehingga RM3 bilion kepada bank disediakan bagi memberi akses pembiayaan kepada golongan tiada pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing untuk memiliki rumah. – Malaysiapost

Komen