PRU15: Asyraf Wajdi bertanding di Parlimen Gerik
KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki diumum bertanding di kerusi Parlimen Gerik di Perak, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada PRU14 lalu, Asyraf Wajdi bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh di Kelantan, namun tewas kepada Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh daripada Pas.
Untuk rekod kerusi Parlimen Gerik kosong selepas penyandangnya, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia pada 2020.
Sementara itu, BN masih mengekalkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai calon parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU15.
Tengku Razaleigh, yang mesra dipanggil Kuli, adalah calon paling senior daripada Umno kerana berusia 85 apabila dipertaruhkan BN dalam PRU kali ini.
Bekas Menteri Kewangan itu juga menjadi calon paling lama bertanding di kerusi Parlimen terbabit, sejak sejak dinamakan pertama kali menjadi calon PRU pada 1974. – Malaysiapost