PRU15 : GRS-BN umum 24 calon, Bung Moktar kekal di Kinabatangan

PRU15 : GRS-BN umum 24 calon, Bung Moktar kekal di Kinabatangan

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) mengumumkan seramai 24 calon yang akan bertanding di Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan 11 calon mewakili BN.

Sementara itu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor seramai 13 calon membabitkan parti di bawah gabungannya iaitu Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun, calon bagi kerusi Parlimen Beluran yang disandang Datuk Seri Ronald Kiandee masih belum diumumkan susulan perbincangan bagi kerusi tersebut masih dalam perbincangan.

Berikut adalah senarai calon GRS dan BN Sabah yang akan bertanding pada PRU15 :

Calon GRS-BN Sabah

P.167 Kudat – Datuk Ruddy Awah (GRS)

P.168 Kota Marudu – Datuk Seri Maximus Ongkili (GRS)

P.169 Kota Belud – Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (BN)

P.170 Tuaran – Datuk Joniston Bangkuai (GRS)

P.171 Sepanggar – Datuk Yakub Khan (BN)

P.172 Kota Kinabalu – Yee Tsai Yiew (GRS)

P.173 Putatan – Datuk Shahelmey Yahya (BN)

P.174 Penampang – Kenny Chua (GRS)

P.175 Papar – Datuk Armizan Mohd Ali (GRS)

P.176 Kimanis – Datuk Mohamad Alamin (BN)

P.177 Beaufort – Siti Aminah Aching (BN)

P.178 Sipitang – Datuk Matbali Musah (GRS)

P.179 Ranau – Datuk Jonathan Yasin (GRS)

P.180 Keningau – Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan (GRS)

P.181 Tenom – Jamawi Jaafar (BN)

P.182 Pensiangan – Datuk Arthur Joseph Kurup (BN)

P.184 Libaran – Suhaimi Nasir (BN)

P.185 Batu Sapi – Mohd Khairul Firdaus Akbar Khan (GRS)

P.186 Sandakan – Lau Chi Keong @ Thomas Lau (GRS)

P.187 Kinabatangan – Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN)

P.188 Lahad Datu – Maizatul Akmam Alawi (BN)

P.189 Semporna – Nixon Abdul Habi (GRS)

P.190 Tawau – Lo Su Fui (GRS)

P.191 Kalabakan – Aslan Fadli Samsul Alang (BN)

Komen