PRU15: Reezal Merican ikrar berikan yang terbaik

PRU15: Reezal Merican ikrar berikan yang terbaik

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berikrar memberikan yang terbaik bagi memastikan kerusi Parlimen Kepala Batas kekal milik Barisan Nasional (BN)

Reezal Merican yang juga penyandang kerusi itu turut berterima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul amanah itu.

“Alhamdulillah, saya diberi peluang dan kepercayaan untuk bertanding bagi mempertahankan BN di Kepala Batas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

“Saya genggam kemas amanah ini, ayuh bersama kita berjuang habis-habisan, perkasakan usaha, agar Kepala Batas yang kita sayangi terus kekal milik BN,” katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga menzahirkan penghargaan kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir kerana terus memberinya peluang bertanding.

Pada pengumuman calon PRU15 malam tadi, BN mencalonkan 11 muka baharu daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Reezal Merican kekal mempertahankan Parlimen Kepala Batas.

Pada PRU14 lalu, Reezal Merican memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas menewaskan calon PKR, Dr Zaidi Zakaria dan Siti Mastura Muhammad (PAS), selepas memperoleh 22,459 undi. – Malaysiapost

Komen