Tok Pa sah tarik diri, tidak bertanding PRU15

Tok Pa sah tarik diri, tidak bertanding PRU15

PENYANDANG kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mustapa atau turut dikenali sebagai Tok Pa, dalam kenyataan memaklumkan, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.

Katanya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu.

Beliau berkata, Bersatu memilih Setiausaha Politiknya, Zahari Kechik bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

“Saya merakamkan penghargaan kepada rakyat Jeli, parti dan kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya berada dalam kerajaan dan mewakili Parlimen Jeli sejak dari tahun 1995,” katanya dalam hantaran itu.

Mustapa sebelum ini memenangi Parlimen Jeli pada PRU14 atas tiket Barisan Nasonal (BN) sebelum menyertai Bersatu. – Malaysiapost

Komen