‘Tular surat fitnah sengaja burukkan saya’- Shamsul Anuar

‘Tular surat fitnah sengaja burukkan saya’- Shamsul Anuar

PENGARAH Komunikasi Barisan Nasional (BNComms), Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah menafikan surat yang ditandatangani seperti yang ditularkan.

Beliau juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan pihak yang menyebarkan kenyataan palsu tersebut sebagai fitnah untuk memburukkan imej beliau dan kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Disahkan bahawa Akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar.

“Tiada sebarang akujanji sebegini dilakukan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Shamsul Anuar turut membidas, perkara ini merupakan usaha jahat daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, hal itu jelas menunjukkan ianya adalah perancangan yang sengaja dilakukan untuk memburukkan Umno dan BN ketika musim Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Justeru, beliau berharap agar rakyat Malaysia yang memperolehi kenyataan palsu ini tidak terpengaruh dengannya.

“Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya.

Komen