Covid-19: Kes kembali melonjak, 4,711 jangkitan baharu semalam

Covid-19: Kes kembali melonjak, 4,711 jangkitan baharu semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,711 jangkitan baharu Covid-19 semalam, berbanding 3,969 kes sehari sebelumnya.

Mengikut data KKMNOW, 4,704 kes yang dicatatkan membabitkan penularan tempatan, manakala tujuh lagi kes import.

Jumlah itu menjadikan kes kumulatif kini mencecah 4,914,557 sejak Covid-19 melanda negara.

Bagaimanapun, tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam.

Perkembangan itu menjadikan kes kematian akibat pandemik berkenaan kekal sebanyak 36,480.

Sebanyak 67 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 47 individu yang memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Komen