PM solat Jumaat bersama rakyat, tanpa protokol

PM solat Jumaat bersama rakyat, tanpa protokol

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mencuri tumpuan orang ramai apabila hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Bera tanpa sebarang protokol.

Perdana Menteri yang memakai kurta putih menunaikan solat bersama para jemaah di saf belakang tanpa diiringi pengiring mahupun pegawainya.

Beliau kelihatan menunaikan solat sunat dua rakaat dan duduk mendengar khutbah Jumaat berhampiran pintu masuk di masjid berkenaan.

Selepas selesai menunaikan solat, Perdana Menteri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera, sempat berbual mesra dan bersalaman bersama para jemaah. – Malaysiapost

Komen