PU Abu didakwa belum ‘move on’, masih ganggu bekas Isteri?
BEKAS Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan bahawa dirinya dan keluarga masih diganggu walaupun sudah bercerai dengan pendakwah selebriti berkenaan.
Menerusi hantaran di InstaStory, Hana memaklumkan dia sedang menjalani ibadah umrah, dan kebetulan bekas suaminya turut berada di sana.
Hana turut berkongsi tangkap layar perbualan PU Abu bersama adik beradiknya. Malah, Hana turut bersimpati dengan isteri bekas suaminya itu, Ain ‘Afini Latif yang didakwa dipergunakan PU Abu di media sosial.
Tegasnya, dia tidak teragak-agak untuk ‘spill the tea’ atau membuka pekung melibatkan dua ‘ahli syurga’ yang merujuk kepada PU Abu dan Ain sekiranya masih lagi diganggu khususnya melibatkan keluarga beliau sendiri.
“Jujur i (saya) cakap. I dah lama gila senyap dari bercakap hal ni. Sikit pun i tak ‘update’ apa apa dekat sosial media.
“Tapi bila melampau macam ni, i tak boleh diam dah. Lagi i diam, lagi dia goreng hampa semua dekat sosial media. Sapa percaya posting dia memang tak bijak lah.
“Yang tahu perangai dia ja tahu dia macam mana. How come (Macam mana) eh, dia boleh perli i dekat social media tapi hakikat sebenar dia masih mengharapkan i.
“Masih kacau keluarga i terutama ibu i, sekarang keluarga i, i dah tak boleh tolerate (talak ansur) dah dengan manusia macam dia. Memalukan. Jangan buka aib orang, takut terlondeh sendiri punya,” tulisnya.
Terdahulu, pada 2019 PU Abu dan Hana mencetuskan kontroversi kerana berkahwin ketika Ain sarat mengandung.
Malah, Hana juga didakwa menjadi punca tercetusnya konflik antara Ain dan PU Abu sehingga bercerai. – Malaysiapost