3 penjuru di Parlimen Pagoh

3 penjuru di Parlimen Pagoh

KERUSI Parlimen Pagoh yang disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam penggal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu, akan dicabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah Abd Rahman yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Muhammad Helmi Ya’kub setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup.

Kerusi Parlimen Pagoh kini disandang Muhyiddin yang menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi menewaskan calon PAS dan Umno. – Malaysiapost

Komen