Anwar, Peja sah berdepan 4 penjuru di Tambun
KERUSI Parlimen Tambun menyaksikan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Tambun, Datuk Mohamad Faris Mohamad Hanip sebentar.
Ke empat-empat calon Parlimen Tambun itu termasuk, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (GTA).