Azwan Ali calon paling awal tiba nak lawan abang di Parlimen Gombak

Azwan Ali calon paling awal tiba nak lawan abang di Parlimen Gombak

PENGACARA sensasi Azwan Ali menjadi calon pertama tiba di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, pagi ini.

Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Difahamkan Azwan, 56 akan bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan berarak dari Jambatan Sungai Chin-Chin ke pusat penamaan terbabit.

Azwan ketika ditemui berkata, beliau berhasrat untuk terus menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali di mana sahaja beliau bertanding.

“Sudah pasti nak lawan abang kau (Azmin Ali), saya kini sedang tunggu Menteri Besar (Amirudin) kerana kami akan berarak bersama-sama,” katanya.

Difahamkan kerusi Parlimen Gombak akan menyaksikan pertembungan empat penjuru dan antara kerusi panas di Selangor.

Pada PRU14 lalu, Azwan yang bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa hilang wang pertaruhan apabila memperoleh 90 undi manakala Azmin meraih majoriti 25,512 undi bagi kerusi tersebut. – Malaysiapost

Komen