Banjir: 264 mangsa di Taiping berpindah ke 4 PPS

Banjir: 264 mangsa di Taiping berpindah ke 4 PPS

SERAMAI 264 mangsa banjir dari sembilan kampung di Taiping dan Batu Kurau dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata pihaknya menggunakan bot dan lori bagi memindahkan mangsa-mangsa banjir ke PPS berhampiran.

Menurutnya empat PPS yang dibuka adalah di Surau Kampung Tengah, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Abdullah, Masjid Changkat Ibol dan Masjid Batu 8 Bendang Siam.

“Seramai 264 telah dipindahkan ke PPS berhampiran sejak malam tadi hingga awal pagi ini.

“Antara kawasan yang terbabit banjir adalah Kampung Cempedak, Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Changkat Ibol, Kampung Serapoh, Batu 8 Bendang Siam, Changkat Ning, Kampung Ulu Sepetang dan Kampung Jah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sehingga kini operasi pemantauan dan menyelamat masih dijalankan membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan Batu Kurau. – Malaysiapost

Komen