Calon PM bagi BN ialah Ismail Sabri – Khairy

Calon PM bagi BN ialah Ismail Sabri – Khairy

CALON Perdana Menteri bagi Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tegas Khairy Jamaluddin.

Calon BN bagi Parlimen Sungai Buloh itu menegaskan polemik siapa calon Perdana Menteri perlu dihentikan serta-merta kerana perkara itu telah pun diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesti diperjelaskan sekarang juga, satu undi untuk KJ adalah satu undi untuk KJ di Sungai Buloh dan undi untuk Datuk Seri Ismail Sabri.

“Saya akan menyokong Ismail Sabri sebagai calon menjadi Perdana Menteri seperti mana diumumkan Datuk Seri Zahid.
Tiada kemusykilan tentang perkara itu,” katanya selepas penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Khairy berdepan saingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Khairy akan berentap dengan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk R Ramanan, Mohd Ghazali Md Hamin (PN); Mohd Akmal Mohd Yusoff (GTA); Ahmad Jufliz Faiza (PRM), dan dua calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long dan Sifu Linda. – Malaysiapost

Komen