Mahdzir berdepan saingan empat penjuru di Padang Terap 

Mahdzir berdepan saingan empat penjuru di Padang Terap 

PARLIMEN Padang Terap menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA), dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Datuk Seri Mahdzir Khalid mewakili BN, Nurul Amin Hamid (PN), Muaz Abdullah (PH) dan Razali Lebai Salleh (Pejuang). 

Penyandang Parlimen Padang Terap itu menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.16 pagi tadi, dengan berbaju Melayu lengkap berwarna biru. 

Mahdzir turut menzahirkan keyakinan untuk mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

ā€œSudah selesai penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen Padang Terap, empat penjuru yang menyertai pilihan raya ini iaitu saya, calon PN, PH dan GTA. 

ā€œInsya-Allah saya adalah wakil rakyat di sini punya keyakinan yang tinggi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap,ā€ katanya kepada media di luar Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah Dan Tanah Padang Terap. 

Sementara itu, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata, BN Bahagian Padang Terap perlu berkerja kuat untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen tersebut. 

Bagaimanapun beliau mempunyai keyakinan dapat mempertahankan kerusi tersebut selain memfokuskan sokongan golongan muda. 

“Anak muda adalah satu daripada kluster yang paling penting dalam menentukan sokongan kepada calon-calon, jadi kita juga mempunyai program dan juga rancangan untuk anak muda bersama dengan Barisan Nasional,ā€ katanya. 

Naib Presiden Umno itu merupakan penyandang kerusi Padang Terap sejak dua penggal, pada PRU14 beliau menang dengan memperoleh majoriti 1,099 iaitu secara keseluruhan 16,384 undi. 

Pada ketika itu Mahdzir menewaskan calon PAS, Azam Aziz yang meraih 15,285 undi serta calon PKR, Khairizal Khazali yang memperoleh 7,254 undi. – Malaysiapost

Komen