PRU15: Ahmad Idham ditemani anak istimewa ke pusat penamaan calon
CALON Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Port Dickson, Ahmad Idham Ahmad Nazri hadir ke pusat penamaan calon diiringi anak istimewanya, Ahmad Firdaus, 21, yang berkerusi roda.
Pelakon dan pengarah filem itu kelihatan bersemangat ke Pusat Penamaan Calon dengan menolak kerusi roda anaknya, dengan ditemani isterinya Amy Aziz.
“Kami memperjuangkan anak-anak istimewa,” katanya.
Selain Ahmad Firdaus, Ahmad Idham dikurniakan tiga cahaya mata lain, Ahmad Aydeel, 18, Kintan Myra, 16, dan Ahmad Khaliff, 12.
Ahmad Idham dijangka berdepan saingan sengit daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH), bekas Timbalan Menteri Pendidikan dari Barisan Nasional (BN), Datuk P Kamalanathan. – Malaysiapost
Kredit Foto: Malaysia Gazette