PRU15: Empat penjuru di Parlimen Ketereh

PRU15: Empat penjuru di Parlimen Ketereh

PARLIMEN Ketereh dijangka menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) Pakatan Harapan (PH) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Calon BN diwakili Ketua Puteri Umno Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin, sementara PN diwakili Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor.

Manakala, PH pula mempertaruhkan Rahimi L Muhamud, manakala GTA diwakili Haneef Ibrahim daripada Parti Pejuang.

Kerusi Parlimen Ketereh dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang ditandingi bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menang dengan majoriti 4,626 undi menewaskan Wan Ismail Wan Jusoh dari PAS dan Datuk Dr Radzi Jidin dari Bersatu pada PRU14 lalu. 

Bagaimanapun, nama Annuar digugurkan sebagai calon oleh BN pada PRU15 kali ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa  Annuar akan bertanding di Parlimen Ketereh menggunakan tiket PN, selepas tidak dicalonkan sebagai calon BN. 

Bagaimanapun, Annuar mengakui menolak tawaran beberapa parti lain termasuk PN yang ingin mencalonkannya di kerusi itu pada PRU15. – Malaysiapost

Komen