PRU15: Khlir, Marzuani tiba di pusat penamaan calon Parlimen Ketereh 

PRU15: Khlir, Marzuani tiba di pusat penamaan calon Parlimen Ketereh 

CALON Perikatan Nasional (PN) Parlimen Ketereh, Mejar Jeneral (B), Datuk Khlir Mohd Nor tiba di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Ketereh, Kelantan.

Khlir yang berbaju Melayu tiba bersama penyokong jam 8.15 pagi dan mengadakan solat hajat terlebih dahulu sebelum memasuki pusat penamaan yang dibuka jam 9 pagi.

Manakala, calon Barisan Nasional (BN) Marzuani Ardila Ariffin tiba di jam 8.30 pagi dan menunggu bersama penyokong sebelum memasuki pusat penamaan calon.

Sebelum ini, Khlir mendakwa beliau belum menerima watikah pelantikan untuk proses penamaan calon Pilihan PRU15, hari ini.

Menurut Khlir, watikah untuk penggunaan logo bulan mewakili parti Pas yang ditandatangani Presiden Pas ,Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya diterima sebaik diumumkan sebagai calon Khamis lalu. – Malaysiapost

Komen