PRU15: Lewat dua minit, hasrat OKU tanding di Titiwangsa tak kesampaian

PRU15: Lewat dua minit, hasrat OKU tanding di Titiwangsa tak kesampaian

TIBA lewat dua minit menyebakan permohonan seorang pesara swasta, Habib Bourguiba Abd Hamid yang ingin bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Titiwangsa ditolak. 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan penutupan waktu penerimaan kertas penamaan calon iaitu pada jam 10 pagi tadi. 

Beliau berkata, kelewatan itu disebabkan beberapa halangan jalan raya yang ditutup bagi memberi laluan kepada hari penamaan calon, sekali gus menyukarkan pergerakannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) separa penglihatan. 

“Saya dari Keramat ke sini keluar sebelum jam 8.50 pagi, tiba 9.55 pagi tadi waktu pengumuman itu tadi, saya sedang jalan kaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, hari ini.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu kemudian menjelaskan beliau terpaksa menolak permohonan itu atas sebab peraturan. 

“Kalau saya benarkan, satu Malaysia akan menjadi masalah,” katanya. – Malaysiapost

Komen