PRU15: Proses penamaan calon tutup, kempen bermula

PRU15: Proses penamaan calon tutup, kempen bermula

PROSES penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila semua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada jam 10 pagi ini.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Sebaik pengisytiharan calon bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 November nanti.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, dijangka mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari ini di Menara SPR, bagi merumuskan proses penamaan calon di seluruh negara. – Malaysiapost

Komen