PRU15: SPRM buka 16 bilik gerakan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), membuka 16 bilik gerakan di seluruh negara bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
SPRM dalam kenyataan berkata, semua bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 19 November depan dan boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM di 03-889110372 serta pejabat negeri.
“Pejabat SPRM Kuala Lumpur boleh dihubungi menerusi talian 03-9206 51953, 03-552483184 (Selangor), 06-76254465 (Negeri Sembilan), 06-28960116 (Melaka) dan 07-23161707 (Johor).
“Pejabat SPRM Perak di talian 012-490 59868, 09-57160279 (Pahang), 04-700188010 (Kedah), 04-229926211 (Pulau Pinang), 09-630192012 (Terengganu) dan 09-766197013 (Kelantan),” katanya hari ini.
Menurutnya, pejabat SPRM Perlis pula boleh dihubungi di talian 04-976 398214, 088-488 3811 (Sabah), 082-46770116 (Sarawak) dan 087-427198 (Labuan).
“Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel di alamat pru15@sprm.gov.my,”katanya.
Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding untuk tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – Malaysiapost