PRU15: Tengku Adnan akui terkejut berdepan 6 penjuru di Putrajaya
Tengku Adnan yang merupakan calon nombor satu berkata, beliau tidak menyangka akan berdepan dengan lima pencabar lain.
PENYANDANG kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berdepan saingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar.
Menurutnya, seramai enam calon menghantar borang pencalonan dan tiada calon yang ditolak.
Tengku Adnan akan dicabar Datuk Dr Radzi Jidin dari Perikatan Nasional (PN); Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan) dan Datuk Mohd Rosli Ramli (Pejuang).
Selain dua calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi dan Lim Fice Bee.
Dalam pada itu, Tengku Adnan yang merupakan calon nombor satu berkata, beliau tidak menyangka akan berdepan dengan lima pencabar lain.
“Yang terserlah barangkali adalah daripada PN. Saya pun terkejut enam penjuru sebab sebelum ini hanya satu lawan satu.
“Tapi kali enam tapi tak apa. Ini semua hak masing-masing. Tapi siapa yang boleh beri keselesaan kepada rakyat,” katanya. – Malaysiapost