PRU15: Tok Mat berdepan lima penjuru di Rembau
SEMUA lima calon yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), menyerahkan borang di Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Rembau, Negeri Sembilan.
Calon Pakatan Harapan (PH) Jufitri Johar dan Pejuang, Ramly Awaluddin antara paling awal tiba masing-masing pada jam 8.20 dan 8.30 pagi.
Ia disusuli calon PSM, S Tinagaran pada jam 8.40 pagi, manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan pada jam 8.50 diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazree Mohd Yunus tiba pada jam 9 pagi.
Laungan ‘Hidup Tok Mat’ bergema mengiringi Timbalan Presiden Umno itu yang diiringi isteri beliau, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin.
Setakat ini pertembungan lima penjuru di Parlimen Rembau. – Malaysiapost