PRU15: Wan Azizah berdepan detik cemas, kad pengenalan tercicir ketika berarak
BEKAS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berdepan detik cemas apabila tercicir kad pengenalan ketika berarak ke pusat penamaan calon di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“Saya dah selitkan IC (kad pengenalan) dalam pas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ini tapi itulah tadi tercicir masa perarakan, mujurlah saya dapat balik. Penting ni!” katanya.
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Bandar Tun Razak itu memaklumkan insiden berkenaan ketika ditemui media selepas proses penamaan calon.
Difahamkan, kad pengenalan Dr Wan Azizah berjaya ditemukan seorang penyokongnya sekali gus memberi kelegaan kepada kira-kira 200 penyokong beliau memasuki pekarangan pusat penamaan calon itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15) Parlimen Bandar Tun Razak pada menyaksikan pertandingan tiga penjuru.
Ia melibatkan Dr Wan Azizah, penyandang kerusi Datuk Kamarudin Jaffar (Perikatan Nasional) dan Ketua MCA Tun Razak Datuk Chew Yin Keen (Barisan Nasional). – Malaysiapost