Ramanan nafi merajuk, enggan ulas isu pemilihan di Sungai Buloh
TIMBALAN Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R Ramanan menafikan merajuk selepas parti itu dilapor mahu mengkaji semula pencalonannya di Parlimen Sungai Buloh.
Sebaliknya, calon Pakatan Harapan (PH) itu menyalahkan media kerana membuat dakwaan berkenaan tanpa bertanya terus kepadanya.
“Saya langsung tidak merajuk bila media kata ada penukaran kerana watikah sudah di tangan saya tapi saya tidak cakap apa-apa sebab media tidak jumpa saya,” katanya memetik MalaysiaGazette.
Beliua berkata demikian di luar pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling selepas selesai enamaan Calon untuk Parlimen Sungai Buloh hari ini.
Ramanan bagaimanapuan enggan mengulas lanjut apabila ditanya tentang cadangan menukarkannya dengan calon lain seperti yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
“Kita tidak payah kita bincang isu dalaman parti, tidak perlu kita ungkit kita maju ke depan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ramanan yang bakal bertanding buat pertama kali di Parlimen berkenaan memberi jaminan akan menggunak PH menyandang Sungai Buloh selama tiga penggal untuk terus mempertahankan kerusi tersebut.
“Strateginya adalah kerja keras. Sebenarnya ada banyak yang saya boleh tawarkan kepada penduduk Sungai Buloh, saya jelaskan nanti,” tambah beliau.
Mengulas mengenai kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai pencabarnya, Ramanan mengakui dia tidak popular di media sosial.
Pada PRU14 yang lalu, Sivarasa (PH) berjaya memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan meraih 43,631 undi. – Malaysiapost