Reezal Merican baik pulih Masjid Jamek Pulau Mertajam
DATUK Seri Reezal Merican Naina Merican mengarahkan kerja membaikpulih Masjid Jamek Pulau Mertajam yang rosak akibat hujan lebat, disegerakan untuk keselesaan jemaah di situ.
Penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas itu berkata beliau menerima maklumat bumbung dan dinding masjid berkenaan rosak akibat hujan lebat beberapa hari lepas.

“Hari ini saya luangkan masa bertemu pengurusan masjid dan meninjau keadaan sebenar kerosakan yang dilaporkan.
“Saya telah meminta kontraktor datang menilai kos baik pulih dan tindakan pembaikan dilakukan segera demi keselesaan jemaah untuk beribadah,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
Menurut Reezal Merican, Masjid Jamek Pulau Mertajam merupakan masjid utama di Pulau Mertajam untuk solat Jumaat dan cukup aktif dalam melakukan aktiviti keagamaan dan program komuniti. – Malaysiapost