Sah Rafizi berdepan lima penjuru di Parlimen Pandan

Sah Rafizi berdepan lima penjuru di Parlimen Pandan

PARLIMEN Pandan sekali lagi menyaksikan pertempuran sengit apabila lima parti politik akan bersaing merebut kerusi panas itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tiga nama besar dalam arena politik negara bertanding di kerusi itu termasuk, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli daripada Pakatan Harapan (PH), Ketua MCA Bahagian Pandan, Datuk Leong Kok Wee mewakili Barisan Nasional (BN) dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dua lagi pencabar adalah Muhammad Farique Zubir Albakri mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Nadia Hanafiah daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pandan, Julaihah Jamaludin pada jam 10.35 pagi selepas mengumumkan semua kertas pencalonan diterima. – Malaysiapost

Komen