Sah Tok Mat berdepan saingan 5 penjuru di Rembau

Sah Tok Mat berdepan saingan 5 penjuru di Rembau

TIMBALAN Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berdepan saingan lima penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kesemua calon hadir bersama wakil parti dan penyokong mereka seawal jam 8 pagi, di Pusat Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Seri Rembau pagi tadi.

Mohamad atau mesra disapa Tok Mat berdepan dengan cabaran daripada calon empat parti lain iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Keempat-empat pesaing beliau ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S Tinagaran (PSM).

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Khairy Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan majoriti 6,028 undi selepas memperolehi 36,096 undi.

Khairy menewaskan pencabar terdekatnya ketika itu Roseli Abdul Ghani daripada PKR yang memperoleh 31,732 undi.

Bagaimanapun, Khairy kini bertanding mewakili BN di Parlimen Sungai Buloh. – Malaysiapost

Komen