‘Saya sudah bersedia, semoga semuanya berjalan lancar’ – Ismail Sabri
PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera, bersarapan bersama penyokong pagi ini.
Ismail Sabri tiba jam 8.31 pagi di Dataran Kerayong ditemani isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin disambut 1,000 penyokong.
Ismail Sabri tiba di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera bagi menyerahkan borang penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Rabbi Yassir Wala Tu’assir Rabbi Tammim Bil Khair. Saya sudah bersedia untuk penamaan calon P.090, Bera.
“Semoga semuanya berjalan lancar dengan kehendakNya,” tulisnya di Facebook. – Malaysiapost