4,619 kes baharu Covid-19, satu kematian direkodkan

4,619 kes baharu Covid-19, satu kematian direkodkan

SEBANYAK 4,619 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak satu kes kematian baharu akibat Covid-19 turut dicatatkan.

Jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini mencatatkan 36,482 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 36,582 kes, dengan 34,907 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Manakala seramai 1,605 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital.

Sebanyak 70 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 50 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan ialah 4,850,474. – Malaysiapost

Komen