Calon BN Pengkalan Chepa lapor polis dakwa difitnah tidak tamat pengajian

Calon BN Pengkalan Chepa lapor polis dakwa difitnah tidak tamat pengajian

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin membuat laporan polis berhubung fitnah yang mengatakan beliau tidak menamatkan pengajian di universiti selain tidak layak menggunakan gelaran doktor.

Beliau berkata, fitnah itu mula tersebar malam tadi dan berlarutan sehingga hari ini menyebabkan dia tampil membuat laporan polis.

“Saya tegaskan disini dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Saya belajar di universiti di Indonesia dalam bidang perubatan pada 2004 sebelum menamatkan pengajian pada 2009.

“Saya yakin fitnah berkenaan adalan bertujuan untuk memalukan saya selain membunuh karier saya sebagai calon BN pada PRU15.

“Malah, fitnah itu juga bertujuan jahat supaya fokus saya hilang sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata, segala bukti termasuk dokumen sijil pengajiannya sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Saya berharap individu berkenaan dikenakan tindakan setimpal,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengatakan calon BN Pengkalan Chepa itu tidak menghabiskan pengajian di Indonesia selain tidak layak menggunakan gelaran doktor. – Malaysiapost

Komen