Ibu Siti, Salmah Bachik positif Covid-19

Ibu Siti, Salmah Bachik positif Covid-19

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, dijangkiti Covid-19.

Berita mendukacitakan itu dikongsi Siti Nurhaliza dalam salah satu status di Insta Stories akaun Instagram miliknya awal pagi ini.

Menurut Siti, beliau mengetahui perkara itu selepas selesai mengadakan persembahan Music of The Soul bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Center yang berlangsung malam tadi.

Beliau memaklumkan walaupun ibunya mengalami beberapa simptom namun bersyukur kerana tidak teruk, namun perasaan bimbang tetap ada.

“Balik bilik tengok handphone, dapat berita mak kena Covid.

“Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk.

“Alhamdulillah… Ya Allah jagakan wali keramat saya.

“Doakan mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!” tulisnya. – Malaysiapost

Komen