Piala Malaysia: Selangor FC bawa bekalan selesa ke Paroi

Piala Malaysia: Selangor FC bawa bekalan selesa ke Paroi

SELANGOR FC selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang 2-0 ke atas Negeri Sembilan FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Kemenangan itu cukup berharga buat Gergasi Merah yang akan bertandang ke Stadium Paroi bagi aksi suku akhir kedua pada Sabtu ini.

Jaringan Selangor FC terhasil menerusi sepakan penalti oleh Herlison Caion pada minit ke-56 dan pemain gantian Aliff Haiqal empat minit sebelum permainan tamat.

Sementara itu dalam satu lagi aksi suku akhir, jaringan tunggal Kpah Sherman membantu Terengganu FC mengatasi KL City 0-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Terengganu tidak bermasalah untuk mencatat keputusan positif biarpun terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Suhaimi Husin dilayangkan kad merah.

Komen